Thursday, April 10

Simpati tidak bertempat



SYMPATHY
Mungkin sudah ciri-ciri merka yang berdarah seperti aku, A. Dan kebanyakan yang ditemui yang mempunyai darah seperti ini, mempunyai satu ciri yang sama. Apa dia? Simpati terlebih2 tidak bertempat terhadap suatu benda, peristiwa, atau yang seumpamanya.

TODAY'S STORY
Petang ni, sepatutnya berada di sekolah untuk melatih atlit-atlit bola baling untuk kejohanan esok. Atas sebab kemalasan, tapi disembunyikan dengan alasan perlu menyelesaikan proposal untuk dihantar kepada pensyarah esok, maka bermulalah sesi simpat-simpatin.

Encik X : Petang ini, tolong bagitau dengan budak-budak.. bla.. bla... blaa... (Hampir 3 minit menghurai)
Aku & classmate dengar saja. Tidak lama lepas tu...
Classmate: Cikgu, petang ni tidak dapat datang melatih budak-budak. Ada kerja perlu disiapkan.
Aku: Iya. Mau siapkan proposal, hantar dengan pensyarah esok.
Encik X  : Proposal? Aiyaa.... Tapi.. Kita kurang guru ni. Tidak apalah.

Lama berdiam bila classmate menegur balik.

Classmate: Kesian la pulak menipu Encik X. Sudahlah sekarang ni kurang guru. Serba salah pulak.
Aku: Sebenarnya tu juga dalam kepala aku. Kesian kan? Lain plak menipu masa orang memerlukan.

Diam lagi.

Aku: Tapi.. Lupakanlah. Tidak payah mau mencetuskan sangat simpati darah A yang berlebih2an ni. Diam2 saja. Jangan layan darah. Haha!
Classmate: Iya kan. Haha.
Aku: Okey juga dorang tu. Jangan layan simpati. Darah A ni kalau layan simpati, setahun pun tidak selesai2 simpati.

Iya. Proposal sebenarnya sebelum kursus BTN. Terima kasih. Tips dari guru pembimbing untuk rakan gurunya - hidup tidak perlu lurus sangat.