Wednesday, April 9

Self-reflection


 
CURRENTLY LISTENING TO~
#Les Bicyclettes De Belsize #Engelbert Humperdinck

AFRAID OF LIFE
Khuatir & resah menunggu masa depan yang tidak pasti. Mungkin kerana terlalu banyak harapan. Atau terlalu banyak berharap, sebenarnya? Dengar lagu ni, umpama aku di dalam satu ruang untuk self-reflection. Tidak salah untuk memberi harapan, atau berharap, atau bermimpi tentang sesuatu, sebabnya bila manusia berhenti dari melakukan semua tu, hancurlah masa depan. Tapi untuk bercakap tentang harapan, atau berharap, dan bermimpi, harus fikirkan terlebih dahulu tentang usaha. Setinggi dan sebesar mana usaha yang sudah dibuat selama ni untuk mencapai semua itu? Bila direnung-renung, usaha hanya sebesar semut, tidak lebih dari itu. Iskk... asyik berfikir tentang usaha. Asyik merancang untuk berjaya. Itulah yang buat aku gila. Itulah yang buat aku sakit gigi sekarang. Haha. Kadang-kadang, kita perlu lupakan itu semua untuk nikmati hidup yang indah ni, selagi ia ada untuk kita...

Lega.

ENJOY LIFE, BEFORE ITS GONE
Let us enjoy them, before they go.
Come the dawn, they all are dead.
Yes, they're dead.