Wednesday, April 30

GO SOMEWHERE: Escape Plan Failed



SO WRONG!
Semakin tajam tanduk sekarang, semakin liat untuk masuk kelas, semakin panjang ekor di belakang ni. Perkiraan jahat aku jadi serba serbi salah untuk hari ini. Jangan risau.. try again next time. Sepatutnya masa ini sudah menarik nafas paling panjang di dunia dengan kejayaan meloloskan diri dari kawasan tahanan perang ni - campus, tapi hakikatnya, aku masih di sini dan menghabiskan sisa2 hari Rabu dengan letrik yang kejap padam, kejap pasang. Ia itulah kepahitan yang perlu ditelan untuk menjadi sebahagian daripada penghuni asrama ni. Paksa rela menghadapi letrik yang hidup segan mati tak mahu.

ESCAPE PLAN
Escape dari kawasan ni bukannya semudah tekan key Esc. Perlukan perancangan rapi agar semuanya kelihatan seolah2 terjadi secara tidak sengaja. Tapi bagi aku, perancangan itu sentiasa di dalam kepala - bukan satu urusan yang perlu dirisaukan. Yang menjadi masalah adalah perancangan itu menjadi atau tidak. Tapi manusia mana yang tidak pernah buat kesilapan dalam perkiraan mereka kan? Haha~ Perkiraan & perancangan yang kurang tepat untuk kali ini. Besok masih ada maaa...