Saturday, April 26

Perkhidmatan cemerlang si wisel.


WHISTLE
Sepanjang dalam ingatan aku, aku sudah menggunakan wistle ni selama 3 semester sejak praktikum pertama. Kali terakhir aku menggunakannya semasa kelas Pendidikan Jasmani bersama dengan bebudak Tahun 6 Amanah, SK. Nambayan Tambunan, dengan keadaan whistle yang sudah terlalu usang atau dalam Dusun - Norobuk. Sekali gigit tempat tiup, memang hancur kalau tidak berhati2. Warna asalnya kuning terang. Setelah 3 tahun perkhidmatan si whistle, warnanya sudah jadi kuning kehitam-hitaman. Nampak sudah tua benar whistle ni, tapi masih menampakkan kemanisan di sebalik kehitaman tu. Harharhar~ Sebagai seorang wanita, aku sedar aku seharusnya mempunyai whistle yang lebih cantik, atau sekurang-kurangnya ditukar sekali dalam satu semester. Tapi, selagi boleh digunakan, gunalah sebaik2nya. Kan bagus macamtu.. Hihi~

Terima kasih whistle, untuk perkhidmatan cemerlang di sepanjang perjalanan mengejar kejayaan :)