Friday, April 25

Officially bye2


PRACTICUM THIRD
Aku tidak nafikan saat2 terakhir di sekolah merupakan tempoh masa yang saaaangat lambat berjalan dan berlalu. Macam ada benda yang membebani si hari Jumaat sampaikan seminit pun rasa macam sejam. Bukan tidak suka sekolah, tapi sudah tidak sabar untuk menamatkan praktikum fasa 3 ni. Untuk balik ke kampus pun aku tidak mahu sebenarnya. Bagi aku, praktikum ketiga sudah berakhir 3 minggu lebih awal kerana iya.. seperti yang diramal, kemalasan aku akan datang berganda-ganda dan tidak mampu dibendung di akhir2 tempoh praktikum 3 bulan. Ramalan tepat belaka :)

Bagi aku, semua benda yang sudah dimulakan itu pasti akan berakhir, sooner or later :)

FAREWELL  CEREMONY
Tidak sangka untuk praktikum 3 bulan ni, majlis perpisahan akan dibuat sebaik ini. Mengikut pengamatan aku selama 3 bulan, aku simpulkan bahawa tidak akan berlaku sebarang majlis perpisahan yang melibatkan pihak sekolah dan dua orang pelatih IPG Keningau kerana selama ini guru2 di sekolah yang datang & berpindah tidak akan diraikan. Simpulan aku meleset 100%. Tanpa sebarang persediaan hadiah untuk sekolah, juga untuk guru pembimbing, majlis jamuan perpisahan diadakan dengan meriah sekali, siap dengan makanan, kek dan ole2 trofi untuk pelatih dari pihak sekolah. Aww~ Tidak sangka semua benda ni berlaku juga di akhir2 praktikum.

Aku sebagai wakil pelatih memberikan ucapan ringkas, yang sudah semestinya ucapan terima kasih kepada sekolah dan guru besar kerana sudi menerima kami sebagai guru pelatih di sekolah tersebut, guru-guru yang baik yang sangat menyokong dalam proses adaptasi pelatih dalam suasana sekolah sebenar, guru pembimbing dan terima kasih untuk majlis jamuan perpisahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Terharu di saat2 perpisahan. Terima kasih pihak sekolah - SK Nambayan, Tambunan. Meet again in July! :D