Wednesday, April 2

Observation III: Minor, Practicum 3rd.




PENILAIAN PRAKTIKUM 2
PR2, setelah melalui 2 kali observation, PR1- 1, PR1 - 2. Kali ni mengajar tentang Warisan Bangsa lagi - Permainan Tradisional. Memang, tajuk Warisan Bangsa ni adalah tajuk yang menarik dan ada macam2 tajuk bola diajar di bawah tajuk ni. PR2? Tiada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Asalkan kita tahu macamana untuk tackle pensyarah. Lebih2 lagi pensyarah perempuan. So, aku mengambil jalan dengan mengekalkan 4 aspek utama dalam pengajaran aku, iaitu aspek Strategi Kecerdasan Pelbagai, iaitu wajib wujud unsur kinestetik, visual, verbal linguistik, dan muzikal. Wajib ada dan itulah merupakan bait untuk pensyarah lihat selama sejam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

PERMAINAN TRADISIONAL
Mulanya yang dirancang dengan murid adalah Permainan Galah Panjang. Siap diamalikan lagi hari Isnin sebelum observation pada hari Rabu. Malangnya, aktiviti kurang sesuai kerana berdasarkan kepada amali, murid buat blurrr dengan permainan ni, diamalikan pun macam mau tidak mau. Sehari berfikir, sampai tidur malam pun tidak lena diganggu dengan bayangan2 permainan tradisional.

BETTER IDEAS SOMETIMES COME LATE
Okey. Bangun awal pagi, sampaikan masa berus gigi pun mengambil masa yang agak lama kerana memikirkan permainan tradisional yang lebih sesuai dimainkan untuk PR2 nanti. Fikir punya fikir, aku hanya perlu idea tentang permainan tradisional yang mudah dan tidak perlu dimainkan di luar kelas.  Itulah perlunya fikiran yang waras dan lapang apabila memikirkan tentang sesuatu yang penting. Kadangkala, idea yang bombastik tidak perlu pun untuk menghasilkan sesi P&P yang menarik, tetapi idea kreatif itulah yang perlu. Akhirnya, aku memilih untuk melaksanakan permainan tradisional anjung, yang dimainkan di dalam atau di anjung2 rumah.

PERMAINAN ANJUNG
Pilih Batu Seremban, Gusti lengan, Congkak dan Lastik Penutup Botol. Best! Aku aplikasikan kaedah circuit training disini, di mana setiap kumpulan akan memainkan satu permainan ikut stesen masing2 dan memainkan permainan mengikut masa yang ditetapkan. Bermain sambil belajar. Most favourite part adalah masa permainan anjung ni dimainkan dalam stesen. Looks so real macam zaman dulu2. Murid mengenakan sarung batik di pinggang, sambil instrumental playlist dimainkan di corong speaker.

IN-CLASS INSTRUMENTAL PLAYLIST
#Aci-Aci Buka Pintu - P. Ramlee (Tashkent Orchestra)
#Bunga Melor - P. Ramlee (Tashkent Orchestra)
#Menceceh Bujang Lapok - P. Ramlee (Tashkent Orchestra)
#Yang Mana Satu Idaman Kalbu - P. Ramlee (Tashkent Orchestra)
#Ala Canggung
#Melayu Asli Selendang Mak Inang
#Gamelan Kunang Kunang Mabuk
Penutup #Warisan - Sudirman