Tuesday, April 22

My soul is ## years old: Unfinished Business.



PERSONALITY TEST
Boring. Tiada apa benda yang sesuai dibuat malam ni, kecuali online. Bermulalah aktiviti menjawab2 personality test yang ada di internet, sama ada yang direka secara teori, sehinggalah yang rekaan semata2. Hehe. Inilah kerja bila tiada benda mau dilakukan, online dan asyik2 post di blog. 

UNFINISHED BUSINESS
Masuk bab How Old is Your Soul?, inilah keputusannya. Ancient! tapi macam betul juga. Dalam kelas tutorial Bimbingan & Kaunseling tempoh hari, kami telah diarahkan untuk melukis apa2 benda atau perkara yang terlintas dalam fikiran pada masa itu. Jadi, lukisan aku adalah lukisan makanan sebab masa tu aku lapar ke tahap yang tidak dapat dihurai disini. Pensyarah yang merupakan salah seorang kaunselor menyatakan bahawa ada sesuatu yang ingin aku lakukan, tapi belum tertunai sehingga sekarang. Mungkin betul ada yang menyekat aku untuk terus ke hadapan, sama ada masa lalu, masa kini, atau sesuatu di masa hadapan. Doa2 saja yang terbaik :)