Wednesday, April 16

Mathematics.


PHYSICAL EDUCATION
Selesai dengan permainan Bola Baling 7 perempuan VS 4 lelaki hari ini. Dengan jumlah yang sangat tidak seimbang tu, maka barulah kelihatan saingan sengit antara dua kumpulan yang berlainan jantina ni ini walaupun ada seekor kumbang yang sukarela jadi bunga. 10 minit sebelum habis kelas, budak2 meminta supaya dilepas awal ke kelas. Ingatkan untuk rehat atau bersedia untuk kelas seterusnya. Rupanya belum siap kerja rumah. Aikss.

MATHEMATICS
Oleh kerana masa Pendidikan Jasmani masih berbaki (Kalau ikutkan hati mau saja pulang awal ke bilik guru tapi nanti kedapatan pula oleh Guru Besar), masuk sekejap ke kelas 6 Dedikasi. Bertalu2 murid minta ditunjukkan cara menyelesakan soalan Matematik Tahun 6. 1 soalan saja diexplain. Lepas tu, give up. Bukan sebab tidak pandai mengira.. Tapi terlalu malas untuk terlibat dengan kerja kira mengira yang tidak menentu ni. Ada masa untuk berbakti dengan murid2. Tapi bukan sekarang, atau sebaik tamat kelas Pendidikan Jasmani. Cikgu penat. Sorry kiddos. Hehe~

TAIK
Balik dengan kisah kelas PE hari ini, kisah taik anjing menjadi bualan murid-murid. Ada yang terpijak taik, ada yang terpegang, siap terkena bola baling, ada yang jatuh dekat taik. Tapi apa dikisah dengan taik bila semua sudah fokus main Bola Baling. Tiada yang peduli. Apa lagi untuk pedulikan taik anjing. Teruskan langkahmu, murid. Hahaha.