Tuesday, April 22

Lets readdd!


 
JOM MEMBACA!
Program Jom Membaca anjuran Pusat Sumber selama 10 minit yang disertai oleh semua warga SK Nambayan, Tambunan. Program selain daripada Sepuluh Minit Asas Ilmu (SEMAI) yang dapat menggalakkan bukan saja murid, tetapi juga warga sekolah yang lain, terutamanya guru untuk membaca apa juga jenis buku. Oleh kerana guru adalah role model terdekat yang dapat dicontohi oleh murid sebagai pengamal amalan membaca, maka amat baiklah kalau program2 membaca seperti ini, terutamanya program SEMAI disertai juga oleh guru. Bila murid nampak guru membaca, murid secara tidak langsung juga ingin membaca bersama. Kan?

THE RABBIT'S HOME-MADE BALM
Pilihan buku untuk dibaca - The Rabbit's Home-made Balm oleh Tomi Jefri, yang menceritakan tentang si Rabbit kecil yang perlukan Home-made Balm untuk disapu pada kakinya kerana kelenguhan dan terlalu penat akibat terlalu banyak melompat. Ingin tahu lebih lanjut? Bacalah The Rabbit's Home-made Balm.

Selamat membaca!