Sunday, April 13

Captain & 'Popcorn'.


 
MOVIE TIME :)
Seperti hari kepulangan yang lain, akan ada masa yang diluangkan untuk Ezal, si adik bongsu, walaupun filem yang dipasang sudah berulang untuk kali ketiga. Rock oo, sudah dipasang hampir 10 kali lepas kali pertama aku ajak Ezal untuk menonton filem ni. Yang 10 kali itu tidak termasuk jumlah kali ia dipasang masa aku tiada di rumah. Semalam layan filem Penaggal & Ular yang entah untuk keberapa kali. Layannn...

Hari ni, menonton Captain Amerika buat ke-3 kali dengan Ezal, sambil menikmati Maggi Kari mentah sebagai Popcorn untuk kali ni. Mencari movie baru. Siapa ada?