Wednesday, April 16

Behind the scene 2: Practicum 3rd, Project.



PROJECT!
Jangan risau dengan tenaga kerja. Muncullah dengan membawa tin dan berus cat, tidak lebih 5 minit kemudian pasti ada yang tampil untuk membantu. Tenaga kerja tidak akan pernah putus sepanjang proses mengejat tiang di sepanjang lorong anti-dadah. Tahniah untuk murid-murid SK ST. Francis Cabrini Nambayan, Tambunan dengan sikap mulia yang dibawa oleh kebanyakan murid, tolong menolong :p. Mula dengan kelas2 6 Amanah, berganti dengan kelas 6 Dedikasi, ditambah pula dengan 5 Dedikasi. Semua kelas ini aku ambil alih sebagai guru Pendidikan Jasmani. Harini, projek siap dalam 90%.

Okey, tidak ketinggalan credit untuk kelas 3 Dedikasi, kelas Pendidikan Jasmani aku yang turut sama membantu mencurah bakti mngecat tiang-tiang, dan tidak lupa kepada segelintir dari mereka yang mengorbankan tangan2 dan baju mereka, dengan sengaja menakalkan diri memegang cat yang masih basah. Herherher..