Thursday, March 13

Speculation


https://www.facebook.com/OriSabahan?fref=ts

HOW MH370 AFFECTS US
Masuk sekolah saja, ada topik lain yang jadi topik perbincangan. Topik hangat beberapa minggu lalu pasal pelancong yang jatuh dari Gunung Kinabalu. Straight 1 minggu  heboh pasal topik tu di bilik guru, di kantin sekolah, dalam perbualan-perbualan guru. Minggu lalu pula sibuk dengan Minggu Disiplin. Minggu ni, heboh pula pasal Flight MH370 yang masih tidak diketahui nasib apa yang sudah menimpa dorang.

Lepas hampir seminggu kehilangan Flight MH370, ada ramai wartawan baru, pengulas professional, peramal masa lalu, peramal masa hadapan, pelawak, dan macam-macam kerjaya kedua yang berkaitan dengan penerbangan ni. Semua cerita yang dikeluarkan macam dorang yang duduk di atas laut tu pg mengkaji & mencari bukti apa2 berkaitan dengan kapal terbang tu.

SEMUA ORANG SERBA TAU
"...bapak dia punya kawan, yang duduk di bawah tangga, terdengar perbualan ni polis yang jiran duduk selang 5 rumah dengan dia, kononnya ada nampak ini ini ini.. bla bla bla.. Bapak dia punya bapak, punya bapak sepupu yang kawannya salah satu yang terlibat dengan bla bla bla.." Hamboi..bapaklah sangat... Hahaha :P

MACAM2 CERITA, MACAM2 JUGA SPEKULASI
Ada macam2 cerita yang timbul, masing2 buat andaian, sementara yang terlibat dengan kehilangan MH370, masih tidak diketahui nasib yang sebenar. Ada yang mengaitkan kisah ni dengan Alien, dengan filem LOST, dengan Bermuda Triangle, dan macam2lah. Rasanya lebih baik doakan saja untuk mereka supaya semua selamat pulang, selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Tapi 3 bomoh tu jugaklah paling lawak. Maharaaj Lawak MEGA.