Monday, March 24

Kursus Biro Tatanegara



FINALLY, TO THE END :)
Setelah mengorbankan cuti 3 hari, 2 malam kerana dipaksa dan terpaksa untuk kursus Biro Tatanegara, akhinya selesai juga kursus ni, seperti yang ditunggu2 oleh kebanyakan manusia yang menyertai program ni.

THE BEST!
Hairan sebenarnya dengan beberapa orang tertentu yang tertanya2 'Apa si beliau cakap ni? Cakap pasal Malaysia? Cakap macam mengkerajaankan manusia yang ada?' Haha. Hakikatnya, aku cukup masuk dengan hal yang dibincangkan dalam setiap ceramah dan LDK. Tiada tapis, mengantuk pun tidak. Otak aku senang menyerap apa yang dicakap tidak kiralah penceramah mana sekalipun. Yes. Of kos... sebab aku sedia maklum bahawa aku adalah rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong pemimpin negara, tanpa wujud unsur pengkhianatan, hatta masa mengundi sekalipun. Opsss! Hehe.. Thats why, bab2 kenegaraan yang positif ni sangat baik disuarakan di depan aku.. Lalala~

THE ONE THAT SHOULD BE THERE
Ada sesuatu difikiran, iaitu tentang siapa yang sebenarnya paling layak duduk di dalam dewan untuk menghadiri kursus Biro Tatanegara. jawapannya ialah kau. Kau yang selalu mengutuk kerajaan, mengutuk pemimpin, mengutuk apa2 pun, tapi hanya mampu jadi Keybord Worrior tanpa menghasilkan apa2 untuk kampung, apa lagi untuk negara. Ngeee~