Tuesday, March 11

Gelang getah can suck your blood!


OH! LE IMAGINATION~ BLOODY STRANGE!
Setiap kali masa Pendidikan Jasmani dengan murid Tahun 3 Dedikasi, mesti akan muncul sesuatu yang pelik yang terselit-selit dalam ayat-ayat mereka masa berbual dengan rakan sekelas. Kali ni, topik tentang gelang getah yang boleh menghisap darah. Sorang murid berpegang teguh dengan kepercayaannya bhw gelang getah boleh menghisap darah. Lagi pelik bila murid ni cakap dia boleh buktikan fakta tu adalah?? .. betul.. Hehe

SEL-SEL OTAK BERHUBUNG
Indah juga imaginasi budak2 ni bila sel2 otak mula berhubung. Minum susu apa ya?

MINE
Bila sel-sel otak aku pula yang mula berhubung, masuk dalam dunia kanak-kanak, aku cuma dapat bayangkan gelang getah tu bergigi tajam dan sedia pada bila2 masa untuk gigit kulit orang. Bukan mood untuk merosakkan mood atau imaginasi budak2 ni di awal pagi yang bersuhu 14 darjah, jadi biarkan saja dorang dengan imaginasi masing-masing. Sebenarnya gelang getah bukan menggigit pun, cuma bila sudah terlalu ketat, contoh bila diletak di pergelangan tangan, darah susah mengalir ke kawasan lain. Jadi, kesimpulannya, gelang getah tidak menghisap darah.