Sunday, March 23

Friend & I don't have one.



WHO YOUR FRIEND?
Pertanyaan yang membuat diri aku mengalami gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter. Arahan fasilitator, carilah seseorang yang merupakan kawan kamu, ucaplah bahawa anda begitu berterima masih kepada mereka kerana telah menjadi rakan anda selama beberapa tahun ini. Aku jadi blur. Siapa kawan aku? Siapa mereka? Oh! Baru sedar. Tiada wujud kawan dalam lingkungan mereka-mereka ini, walaupun sudah bersama selama 5 tahun. 

STRANGERS
Apa yang aku lakukan adalah berlakon mesra dengan manusia yang berdiri paling dekat denganku, mengatakan bahawa dalam kelasku hanya wujud 5 betina, dan aku tiada sesiapa untuk dipasangkan dalam kelas. Itulah alasan paling wajar - kerana kawan tidak wujud di tempat ini. Bila diminta untuk berada dalam kumpulan rakan yang lebih besar, ke mana langkah kaki aku? Berlakon mesra dengan mereka yang aku tidak biasa walau sebesar titik nila pun. Bermesra di kelas Bahasa Melayu, berlakon jadi kawan di kelas Matematik. Haha. Hipokrit atau egois?

Hadir konotasi negatif pada perenggan di atas. Sila abaikan serta merta.

CRYING SO HARD INSIDE
Jatuh juga. Menangis di bahu seorang kawan yang belum sampai setahun hidup bersama di kampus. Menangis kerana terasa diri begitu kerdil di tempat itu, rasa sangat terasing, dan rasa sangat diperbodohkan untuk berfikir mengenai siapa kawanku? Siapa temanku? Bluerkk. Akhirnya, bila tangisan reda, aku cuma dapat simpulkan bahawa tangisan di bahu seorang manusia yang bergelar teman sebilik itu hanyalah pinjaman bahu sementara. Kerana aku masih boleh rasakan ketidakikhlasan manusia dalam menjalinkan hubungan sebagai 'kawan'. Sama seperti mereka, teman yang aku sudah anggap sudah lama mati dalam memori.
PLEASE, PLEASE ASK YOURSELF :)
Karangan kali ni agak panjang, yang selalunya dipost hanya seketul dua, macam berak kambing.  Biarlah jari mengikut rentak dan luahan hati... kan? Aku ditanya kenapa aku begini. Dulunya seorang yang periang... kini lebih mendiamkan diri, seolah-olah menjauhkan diri. Oh pelis. Jangan tanya aku. Aku tiada jawapan untuk itu. Cuba tanya siapa2lah yang rasa mau menjawab soalan bonus begitu dan yang seumpamanya.Yang tertulis cuma ikut luahan hati :)
HE FACT THAT... I DON'T HAVE ONE :)
Aku ada keluarga, Aku punya seorang Daddy. Aku punya seorang Mama. Aku ada 7, adik beradik - termasuk aku, yang selalu ada di kala senang, di masa susah, di kala kemarau, di masa dingin. Haha. Malah, aku punya masa depanku bersama seorang lelaki yang aku sayangi. 10 orang ini adalah insan terbaik pernah wujud dalam dunia ini, yang ada untuk aku. Aku tidak sakit dengan hanya berseorangan. Aku tidak mati dengan hanya kesepian. Aku tidak punya kawan, dan sesiapa untuk dijadikan kawan, dan itulah hakikatnya. Dan, aku tidak berminat untuk menjadikan dalam kalangan sesiapa yang menyertai BTN kali ini, sebagai kawan. Kejamnya pendirian. Haha! 

Im not alone, because happiness always be with me :) YNWA.