Saturday, March 22

Be Positive.


TAKZIRAH
Belum wujud lagi takzirah yang menarik untuk didengar selain yang disampaikan oleh seorang fasilitator ini, yang banyak bercakap berdasarkan pengalaman hidup dan sikapnya yang optimistik dan positif dalam setiap apa yang dilihat atau dialaminya. Melalui takzirah yang disampaikan, ada banyak benda yang boleh diambil iktibar, kerana aku sendiri menyalin dan melukis dalam buku catatan aku tentang pesanan2 yang disampaikan oleh beliau. Sangat rugi bagi aku kerana tidak sempat ambil tahu siapakah gerangannya nama fasilitator itu.

LAUGH TO DEATH
lol. lmao. rotfl. rofl. lel, lolwut. Apapun jenis ketawa dengan lll yang sangat banyak dalam akronim tertentu, apa yang sedang dibincangkan dalam takzirah adalah jangan pandang serong dan negatif terhadap mereka yang sedang ketawa atau bergembira, walaupun ketika itu kita tidak tahu apa yang sebenarnya yang diketawakan oleh orang itu.

Manusia 1: Hahaha! Glkakakakaka! Harharhar!
Manusia 2: Kau buat apa? Kau gila ka apa?
Manusia 1: (Berdengung otak macam kena tiupan sangkakala. Tidak jadi sambung sesi ketawa. Kapanas gia ei).

Dialog yang disampaikan oleh fasilitator, sebijik dengan kisah yang aku pernah lalui hampir beberapa kali. Manusia 1 itu aku, manusia 2 itu manusia yang entahlah. Hihi. Sambung kepada takzirah fasilitator, katanya, mungkin apa yang diketawakan oleh orang itu adalah sesuatu yang sangat menggembirakan hatinya, atau mendapat berita baik dari kampung, atau sebagainya. Janganlah dikata dia itu gila, biarkan dia dengan kegembiraannya. Jangan diganggu. Bersikap positif, bukannya menuduh mereka itu gila.

Lega dengan huraian fasilitator tentang bersikap positiflah dengan orang lain. harap takzirah tentang ini menusuklah dalam jiwa manusia-manusia berkenaan. IQTM - Laughing guietly to myself.
Ketawa la macam gila selagi ada gigi. Hihihi~