Saturday, February 8

To GO or NOT to go


 CONTROVERSY
Intra-dilemma yang paling kontroversi bulan ini, bila aku tidak dapat buat keputusan sama ada untuk BERLARI atau TIDAK, untuk Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan di campus, 15 February ini. Untuk memulakan kepulangan ke campus, bukan suatu proses yang mudah sebenarnya. Malas untuk balik Ke Keningau setelah baru selesai 2 minggu berada di Tambunan untuk praktikum. Diri ni, mau saja berlari.. bukan susah! Sudah didaftarkan nama oleh junior-junior untuk mewakili rumah Mat Salleh bagi acara 100 meter & 200 meter. Lagi? Itu saja kemampuanku. Berlari setakat jarak yang paling dekat yang ada di dunia ni. Intra-Dilemma lagi. Akal-hati tidak berfungsi dengan bagi bila isu PERGI atau TIDAK dipersoal.

SIMPLE RULES IN LIFE
  1. If you do not go after what you want, you will never have it;
  2. If you don't ask, the answer will always be no;
  3. If you do not step forward, you'll always be in the same place.
FACTS OF LIFE
First. If you don't go after what you want, you will never have it. Sama la macam kisah ke DUDUK EXAM atau ke KOREA yang aku hadapi Oktober, tahun lalu. Yang akhirnya, aku memilih untuk ke KOREA dengan mengambil keputusan menduduki ujian sivik 4 jam lebih awal (Maksudnya mengambil risiko juga untuk escape kelas selama seminggu), petangnya bertolak ke Kota Kinabalu dan tengah malam terbang ke Incheon, Korea. Selalunya keputusan yang jarang orang buat itu, yang sudah difikirkan sedalam-dalamnya baik buruk perkara tersebut akan membuahkan hasil yang sangat lumayan dan tidak terimagine indahnya. 


Second. If you don't ask, the answer will always be no. Walaupun lepas tanya 1000x, masih dengan jawapan yang sama, Tidak, memang jawapannya bukan rezeki. Tapi, rasanya apa yang dimaksudkan dengan ayat ni ialah bertanya la sebelum sesat tidak tentu arah. Kan? Tapi ada juga orang yang bertanya dengan niat sengaja mau menyelitkan unsur yang salah di dalam soalannya supaya orang lain juga turut sama tersesat. Opss! Be positive! Rasanya memang betul-betul tidak tahu. Ngee~

Last. If you don't step forward, you'll always be the same place. Yang ini betul. Banyak kaitannya dalam hidup Kalau mau terus di belakang, stay. Kalau mau terus berjaya dan di hadapan, move forward.

Semua perkara dan benda perlu difikir-fikirkan sedalam-dalamnya.
Akal dan hati. Hmm...
Masih dilemma.