Tuesday, February 11

Thats why it impossible. Glagagagakkk!


3 DEDIKASI
Masuk kelas budak-budak 9 tahun untuk mengajar Pendidikan Jasmani bila terdengar pertengkaran kecil antara dua orang murid tentang mustahil atau tidak salji turun di Tambunan.

MURID A
Berkeras dengan pemikirannya yang entah perlu dibangkang atau tidak yang mengatakan dengan pendirian yang teguh bahawa salji tidak mustahil untuk turun di Tambunan, dengan cuaca yang sejuk dan semakin sejuk setiap hari.

MURID B
Berpegang dengan fakta-fakta yang entah disenduk dari mana. Selagi tidak wujud pemanas elektrik di rumah, maka tidak akan turun salji di Tambunan. Lagipun, di Tambunan tidak wujud rumah yang mempunyai sistem pemanas yang menggunakan kayu api. Haiyooo.. Jadi, tu lagi buat Tambunan ni tidak akan turun salji.

Agaknya, budak2 ni semua berimaginasi tinggi. Sampaikan tidak tahu mana yang logik, mana yang tidak. Hehehe~