Thursday, February 20

Secretary



BORN TO BE
Mungkin di kehidupan aku yang lalu-lalu (mati hidup semula.. hakhak), adalah seorang penulis buku, atau utusan Raja ke suatu tempat untuk sampaikan berita, atau yang seumpamanya, yang memerukan aku menulis & mengarang. Fuh.

REBORN
Lucu. Haha! Dilahirkan semula untuk menulis, memegang bulu ayam dan bermain dengan dakwat di abad milennium ni. Mesyuarat kedua terlama aku pernah duduk adalah mesyuarat Hal Ehwal Murid (2 jam)  di sekolah aku berpraktikum sekarang. Yang pertama adalah masih di sekolah yang sama, iaitu mesyuarat Pentadbiran (3 jam) pada dua hari sebelum mesyuarat Hal Ehwal Murid.

SECRETARY
Guru besar dengan pembawaan yang pelik, tidak senyum dan ketawa di sekolah, cuma akan senyum dan ketawa masa mesyuarat (agaknya mesyuarat buat GB gembira & senang hati), memberi guru-guru pelatih jawatan setiausaha bagi program Minggu Disiplin. Oyeahhh! Jawatan paling besar pernah aku sandang sepanjang 3 fasa praktikum, sebagai setiausaha program Minggu Disiplin, dibantu oleh penolong setiausaha, rakan sepraktikum. 

Ingatkan selepas keluar dari campus, bebaslah aku dari jawatan2 yang selalunya dielak. Tapi yang dielak tu pula yang datang bertimpa-timpa. Haduiii.. hidup~ Maka, berusahalah aku membuat kertas kerja, surat menyurat dan yang seumpamanya demi sekolah tempat berpraktikum. Tapi tidaklah sampai berhempas pulas buat kerja. Slow & steady wins the race.

Setiausaha, merangkap Dokumentasi sebagai tugas kedua. Perghhh~ Nyaman & enak hanya di Cabrini Nambayan~