Sunday, February 23

Observation II: Minor, 3rd Practicum.

 
PENILAIAN PRAKTIKUM, PR1 - 2
Penilaian Praktikum 1 untuk kali yang kedua. Tajuk yang dipilih adalah Apresiasi Bahasa Dusun, di bawah tema Warisan Budaya.

BELAJAR BAHASA DUSUN MELALUI LAGU
Lebih 50% murid dalam kelas adalah kaum Dusun. Malangnya, seorang murid pun mengaku tidak pandai berbahasa Dusun dengan lancar. Cuma faham itu, pastilah. Aku pun begitu jugak. Apa yang ingin disampaikan melalui P&P ini bukannya cara belajar bahasa Dusun, tetapi cuba untuk bercakap menggunakan bahasa Dusun, melalui lagu. Lagu pilihan #Tambunan, Jestie Alexius. Kemudian murid diminta melafazkan dialog yang diberi oleh guru. Oleh kerana sesi P&P terawal selesai, maka tambahan langkah pengajaran dengan meminta murid melafaz secara spontan dialog dalam Dusun. Bagusnya.. sporting juga murid-murid ni bercakap spontan menggunakan bahasa Dusun, 10x lebih baik dari yang aku expect. The best 5 Dedikasi!

IN-CLASS PLAYLIST
Selain daripada menyanyikan lagi Tambunan, ada beberapa lagu instrumental yang sesuai dipasangkan semasa sesi pengajaran berkumpulan atau perbincangan antara ahli kumpulan.  Lagu instrumental yang jadi pilihan adalah:
#Kitimbuk Tinggur Bulawan
#Sayang Kinabalu - Kimin Mudin
#Sinding Do Monori Tori - Bamboo Orchestra
Happening untuk sesi penutup. Murid menari2 sambil menyanyikan lagi Tambunan. Okey! teruja sendiri. Aku ikut nyanyi. Dalam diam, puas hati. Hikhik.