Wednesday, February 19

Observation I: Minor, Practicum 3rd.



PENILAIAN PRAKTIKUM - PR1, 1
Berguru dengan sifu dari Jabatan Kajian Sosial, jadi tidak hairan kalau akan wujudnya banyak kali sesi penilaian. Hehe. Praktikum, kena cari 1 klu untuk memancing pensyarah. Cari benda yang dia gemari, cari benda yang dia lebih dominan. Pensyarah aku lebih suka dengan pembelajaran luar bilik darjah. Oleh itu, gunakan sepenuhnya informasi yang berkaitan dengan itu. Bawa murid2 belajar di luar kelas. Sibuk memilih tajuk untuk PR1, dan akhirnya memilih perpaduan melalui sukan juga sebagai tajuk. Mengambil ikhtibar Nelson Mandela sebagai tokoh perpaduan melalui sukan. RIP Nelson Mandela.

“I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear.” - Nelson Mandela.

Bawa murid bermain dengan sukaneka yang berunsurkan perpaduan. Berlari mengutip sebanyak mana bahan yang disediakan yang diletak dalam jarak tertentu, secara relay, kemudian menghasilkan satu menara tertinggi daripada bahan-bahan tersebut. Betullah. Kumpulan yang tenang dan nampak kerjasama dalam kumpulan itulah satu2nya kumpulan yang berjaya menghasilkan menara yang tertinggi, kukuh, dan tidak roboh. Roboh bila sang kanak2 Tahun 3 Dedikasi datang menganggu kelas saja. Isk Isk..