Monday, February 3

Kisah ketangkasan dan anak anjing


EMPATHY

Seperti hari2 biasa, meredah sawah padi lagi untuk sampai ke rumah. Semuanya gara2 empati tidak bertempat dengan pakcik yang dibayar RM50 sebulan agar tidak menghantar kami di hadapan rumah, tetapi hanya di seberang darat kerana tidak mahu susahkan pakcik membuka menutup pintu 4x setiap tengahari. Akibatnya? Buat jalan sendiri di tengah-tengah sawah untuk mengelak digigit anak anjing yang tinggi pun tidak sampai 1 kaki. Cis!

PUPPY OR HULK?
Kisahnya mau hilangkan mengantuk - sambil main gitar pink, minum 100% - dengan harapan cirit birit yang masuk hari ke-5 sembuh cepat. Anjing ni makin kecil makin garang rupanya. Dia gog gog gog aku, aku balas gog gog gog, dia gog gog balik & mengejar, aku apa lagi.. sakitnya pinggang buat ketangkasan, berubah arah dengan pantas dari kerusi ke dalam rumah. Sandi. Kisah sakit pinggang akibat buat ketangkasan bila dikejar anjing, kisah paling teruk untuk harini. Hulk pun tidak menggigit manusia begini~

Hidup 3 bulan dikelilingi mama, bapak & anak-anak anjing.
Anak anjing - be young and be proud. Barulah ku tau apa ertinya tangkas yang sebenarnya.