Saturday, February 15

3 Golds




KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
Macam biasa, acara kegemaran - 100m, 200m & 4x100m. Memang sejak dilahirkan sudah ditetapkan untuk menggemari acara-acara ni. Hahaha. Aku hadiahkan 3 emas ini untuk diri sendiri, kerana sanggup mengetepikan ego, kemalasan, kecederaan mental & bahu, untuk sertai satu-satunya sukan yang menjadi kegemaran aku sejak zaman sebelum kelahiran lagi. Oyeahh!

BEZA
Perkara yang membezakan diri dengan orang lain adalah cara kita membuat keputusan. Ada orang menolak benda ni untuk kepentingan yang tidak diketahui, dan ada yang sebaliknya, juga untuk kepentingan tertentu. Sometimes we make decisions that we think long and hard about, but often make us happier than anything we can imagine. Kan? Itulah yang terjadi kepada aku seminggu dua ini~

THE ENDING WAS THE BEST
Kejohanan yang ini, adalah yang terbest sekali antara 4 Kejohanan Balapan & Padang anjuran campus. Tidak sangka terjadi dengan keadaan & suasana yang begitu best sekali. Dengan sesiapa pun sama ada yang dikenali, tidak dikenali, rapat, tidak rapat, semuanya menegur dari dekat, tidak kurang yang menegur dari jauh, semuanya buat seolah-olah aku seorang kawan yang sudah terlebih awal dikenal. Seolah-olah dorang semua maklum ini adalah yang terakhir aku akan beraksi dalam olahraga, dan mengakhiri karier.. kehkeh.. karier la pulaaa... okey bersambung.. mengakhiri karier aku sebagai atlit campus.

FUNNY YET TOUCHING :')
Kejadian-kejadian lucu yang menyentuh hati bila junior dari kelas agama mengatakan dia kagum dan excited sampai menangis melihat aku berlari dalam acara 100m. Adik.. Ini larian tiada aktiviti fizikal 2 bulan ni dikkk.. Hehe. Lagi, junior-junior beating & tawar hadiah RM100 untuk mana-mana peserta 200m wanita yang berjaga mengalahkan aku, betul-betul di kawasan pelepasan 200m. Nakal2nyo junior akuuu~ Inilah juga kali pertama kebanyakan ahli rumah sukan menegur dan ucap goodluck setiap kali sebelum acara bermula, dibantu sepenuhnya mendaftar diri, pertama kali makanan untuk aku disediakan, kebanyakan bertanya tentang praktikum, Haha~ So touching..

I wanna do everything that I wish to do. Hidup terlalu singkat untuk melepas benda-benda yang bermakna..
Listening to #Au Oku Insan Gumaab #Jestie Alexius