Thursday, January 23

The best: Life style


EXERCISE
2010, Dahlia, Aras 3 - Exercise dengan Aerobic Act berseorangan di bilik kosong bersebelahan dengan bilik di asrama. Kesiokan keseorangan, ketagihan untuk turunkan berat badan. Hasil? Jadi normal lepas setahun merasai pengalaman Overweight. Apa tidaknya, yang menghuni aras 3 cuma PPISMP Pendidikan Jasmani dengan jumlah gadis2nya yang hanya sekerat saja, pengguna tandas pun cuma yang sekerat itu sajalah.

2011, Dahlia, Aras 2 - Beraerobik bukan lagi jadi salah satu aktiviti riadah sebab kakangan bilik kosong. Di satu penjuru asrama akan kelihatan adik2 TESL yang masih kecil molek menari2, setiap petang, tanpa rasa jemu, tanpa rehat, tanpa sunyinya petang kami tanpa dengar lagu rancak dorang - di penjuru yang sama.

2012-2013, Aras 2 - 2,3 penjuru asrama akan kelihatan manusia2 menari beraerobik, x kira dengan pakaian dari yang ter'seksa' kepada yang teralim, dari short pants ke baju tidur, semua menari.

NEW, GOOD LIFESTYLE
2014, Aras 1 - Very very very very good lifestyle. Tiap petang, penjuru asrama dari aras 1 ke aras 2 akan penuh orang menari2 sakan. Macam2 lagu - kecuali aras 3 yang belum ada penghuni masa ini dan bakal dihuni oleh 7 kelas pelatih perempuan untuk semester depan. Betul ka 7 kelas? Macam tidak sabar menghalau super senior dorang dari campus ni :p

Oh balik dengan cerita 'lifestyle' ... Aras 2, 4 penjuru asrama dipenuhi dengan tarian2 yang pelbagai, lagu yang lain hindinya, dengan orang putih punya remix, lagu2 indonesia dan macam2 lagu asalkan boleh dibawa menari. Aras 1, semua terisi dengan penari2 tegar ni. Penjuru 1,2,3 diisi dengan GSTT. Penjuru yang masih kosong, dan satu2nya yang masih kosong cuma penjuru kelas Pendidikan Jasmani.
"Dek, jom menari poco2".
"Okey2.. Esok2 la, okey?" Buat2 busy, sambil ibu jari keluar untuk ambik hati.
Sihat sungguh manusia2 yang wujud di blok Dahlia, IPG Kampus Keningau, sampaikan tidak tahu mau dibezakan yang mana Pendidikan Jasmani yang betul dan yang tidak.

Last day fasting today. Selamat Hari Raya :P