Tuesday, January 28

Bronze Age



HOME
Nampaknya kita kena hidup berdikari untuk menghadapi zaman-zaman kebalikan ke zaman gangsa. Tanpa televisyen, tanpa internet, tanpa apa2, Cuma berbekalkan bekalan makanan, telefon, laptop, baju dan selipar. Bukannya tidak dapat adaptasi, tapi generasi masa ni, macam kita, tidak keruan kalau tiada apa benda boleh dibuat. Makan bekalan yang ada? Makan bukan siok sangat pun.

SCHOOL
Selesai periksa seluruh pelosok sekolah, termasuk lubang-lubang cacing. Entah apa yang perlu dibuat. Hari kedua sekolah – agak bosan. Praktikum III bosaaaaannnn~ Agaknya sudah terlalu kenyang dengan praktikum sampaikan rasa mau muntah pun ada. Bosan tahap naga sampaikan kamus pun dibaca, fail dibaca 5,6x, senarai nama murid dibelek 7,8x.. intelektual atau mentally sick?

Kisah sekolah dengan rumah, 2x5. Semuanya umpama kembali ke zaman gangsa.