Saturday, January 25

10k Steps: The hardest step to success is the first..



PHASE II
Program 10, 000 Langkah Fasa II peringkat IPG Kampus Keningau, selepas kejayaan Fasa I, September 2013. Walaupun behind the scene untuk fasa II ni lebih mencabar, dengan kelas yang berderet 10 jam non-stop - kononnya terpaksa 'keluar ke tandas' 30 minit walaupun sebenarnya escape kelas untuk mengurus hal2 berkaitan, respon 1, 2 pihak yang agak lambat pick upnya, masalah pengurusan dari pihak atasan dan yang paling penting, kemalasan diri untuk mengurus, tapi akhirnya berjaya juga dilaksana. Syukurrrr...

NON-STOP RAINING
2 minggu berturut-turut hujan turun dari pagi ke petang. Terpaksa bersedia pula dengan plan B, plan C dan macam-macam plan untuk mengelakkan beberapa perkara dari terjadi. Hujan, hujan, hujan. Sampaikan Keningau mencatatkan suhu yang paling sejuk antara bandar2 di Malaysia, 17 darjah celsius, tapi rahmat apalah yang turun hari sabtu ni, matahari ceria muncul di awal pagi. Most favourite part adalah senamrobik - best senamrobik ever!

RESIGN
Dan secara rasminya telah menamatkan kontrak sebagai Pengerusi Program 10k Langkah Fasa I dan II, IPG Keningau, dengan rasa nyaman dan lega di hati. Akhirnyaaaaaa... bergelarlah aku mantan pengerusi, di hari yang sama. Sedih jugak sebab Program 10k Langkah ni sudah agak sebati dengan diri :)

18.2
Keningau, di awal pagi ni - 18.2 darjah celsius. Bercakap dengan asap2 keluar dari mulut. Haha! The hardest step to success is the first, then.. take it now! Selamat berjalan 10 000 langkah!