Sunday, December 29

Siblings Outing


HAPPY HOURS
Walaupon Eyan tidak dapat join skali kerana sibuk dengan urusan tunangnya, dan Jad yang tidak dapat bcuti, 5 orang adik beradik daripada 7 orang keluar dan habiskan masa bersama sudah kira agak lengkap. Poring Hot Spring, tempat bermandian yang paling dekat dengan rumah jadi pilihan. 

FUN ACTIVITIES TO DO #Poring Hot Spring.
Macam2 aktiviti kurang waras dibuat bersama. Pertama, kenyangkan diri dengan makanan2 kurang berkhasiat di atas batu, bersebelahan dengan Rock Pool sambil tengok Eman, Ezal & Alal berenang tidak ketentuan dalam kolam. Kedua, ke Kolam 8 untuk rendam kaki, bercerita tentang warna rambut yang digemari, jenis rambut yang diidam, lumba siapa paling tahan lama letak air dalam kolam yang panas gila tu, sambil makan keropok. Lagi2 keropok. Hehe. Plan untuk karaoke dibatalkan lepas nampak kolam budak2 dengan kedalaman 1 kaki. Semua 5 orang masuk dalam kolam & main macam2 game yang sesuai untuk budak paling kecik yang berumur 8 tahun, Ezal. Habiskan masa hingga lewat petang :)

With younger brothers and younger sister. Banana took this pic :)

DINNER TOGETHER *Kentucky Fried Chicken
Makan malam bersama pula di KFC. Walaupun makan malam tercalar sikit keindahannya bila order ayam yang lambat sampai 30 minit, tetap teruskan juga pemakanan. Masing2 mau mengenakan balik pelayan di kaunter tu dengan macam2 balasan yang sandi sebab tidak hantar makanan dalam waktu yang ditetapkan. Guess what? Last2 semua tidak sampai hati buat kejahatan. Hehe~ Thats why I love my siblings. Enjoy every single minute :)

WILL MISS THEM ALL
I don't have any good friends except my own siblings. Dorang adik, kakak, abang, dorang juga yang faham apa yang aku mahukan. Will miss them all :)